Ahad, 21 Ogos 2011

Dokomentari Melaka & Perak



Dokomentari Melaka & Perak

Dokomentari Keturunan Mahsuri Lenggong Siri Rahsia


Dokomentari Keturunan Mahsuri Lenggong

Dokomentari MBI Ipoh Ku 1998


Dokomentari MBI Ipoh Ku 1998

Dokomentari Lubuk Timah Simpang Pulai Terbitan 1996




Dokomentari Lubuk Timah Simpang Pulai terbitan 1996

Dokomentari Daerah Kuala Kangsar Terbitan 2001


Dokomentari Daerah Kuala Kangsar terbitan 2001

Dokomentari 8 Datuk Bandar Ipoh, terbitan 2009


Dokomentari 8 Datuk Bandar Ipoh terbitan 2009 mengisahkan sejarah pentadbiran serta jasa jasa kelapan lapan Datuk Bandar Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh telah banyak berubah dibawah kelapan lapan Datuk Bandar ini maka seharusnya kita perlu merenung kembali sejarah pentadbiran mereka setiap seortang.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Dokomentari Persilatan Nusantara, Gayong Malaysia, terbitan 1998


Dokomentari Persilatan Nusantara iaitu siri Gayong Malaysia menunjukkan kehebatan dan keistemewaan seni mempertahankan diri persilatan Melayu, Persilatan Melayu mempunyai kekuatan yang tersendiri dan telah diketahui dunia bahawa persilatan Melayu adalah yang antara merbahaya dalam pertarungan, namun sebenarnya persilatan Melayu bukanlah semata mata dari tumbukan serta tendangan maut, malah persilatan Melayu sebenarnya mengajar kita akan kehidupan yang perlu ada dalam disiplin yang tinggi dan berada ditahap kesbaran serta merendah diri, silat bila mempunyai displin, menghormati orang lain dan sifat merendah diri maka barulah persilatan itu menjadi lebih kuat dari tumbukan serta tendangan yang sebenarnya.

Dokomentari Dairi Pengembara Terbitan 1997


Dokomentari Dairi Pengembara terbitan 1997 mengisahkan warna warna kehidupan di daerah Hulu Perak yang unik dan mempunyai keistemewaannya tersendiri, dikelilingi oleh gunung ganang, tasek yang besar dan gua gua yang hebat serta budaya yang pelbagai ini semua menjadikan satu penerokaan yang tidak pernah akan jemu di mata dan hati manusia.

Dokomentari Rumah Penunggu Siri Dairi Mistik Terbitan 1996


Dokomentari Dairi Mistik Siri Rumah Penunggu diterbitkan pada 1996 mengisahkan dairi catatan krew paranormal yang cuba membongkarkan apakah sebenarnya yang berlaku kepada rumah yang ditinggalkan yang dikatakan akan diduduki pula oleh makhluk mahkluk ghaib, apakah benar mahkluk mahkluk ghaib ini amat mudah untuk dilihat, jawapanya ada dalam Siri Rumah Penunggu Dairi Mistik, kesemua kejadian yang berlaku tiada penambahan special effect semua babak adalah rakaman sebenar dan tulin.

Dokomentari Kau Di Hati Negara Terbitan 2009. Anugerah Khas Juri Festival Karyawan Muda 2009 Filem Negara & RTM



Dokomentari Kau Di Hati Negara mengisahkan seorang patriot kemerdekaan yang telah dilupakan jasa dan pengorbanan beliau semasa menulis artikel artikel menentang kuasa penjajah di negara ini sebelum kemerdekaan. Kini beliau sudah tua dan uzur namun beliau tidak pernah merungut akan apa jua yang telah dikorbankan semasa menentang penjajah, pada beliau pengorbanan perlulah ikhlas dan keikhlasan itulah yang banyak diperjuangkan oleh para pejuang pejuang dahulunya yang diberkati allah dan kita boleh Merdeka hinggalah ke hari ini.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dokomentari 6 Homestay Perak terbitan 2009


Dokomentari ini telah diterbitkan pada 2009, mengisahkan 6 homestay indah negeri Perak, anda boleh melihat keindahan serta aktiviti dan program yang unik yang disediakan oleh setiap homestay yang ada di negeri Perak, Dokomentari ini telah diterbitkan oleh Persatuan Homestay Perak.


Isnin, 1 Ogos 2011

Video Warisan Perak

Selamat Datang ke Video & Photo Warisan Perak. Blog khas ini diwujudkan untuk mengumpul kesemua video dan photo warisan negeri Perak. Blog ini boleh menjadi panduan serta pengetahuan mengenai beberapa perkara berkenaan dengan warisan Perak dalam bentuk visual hidup mahupun mati iaitu Photo. Melalui kaedah ini para pembaca dan pelayar akan dapat satu kelainan dari segi info info akan warisan negeri Perak dari segi sejarah, kebudayaan dan sosial di negeri Perak. Oleh itu saksikan dan ambil tahu akan keindahan dan kehebatan warisan negeri Perak. Jika ada sebarang ulasan serta komen sila nyatakan di dalam blog ini.

Sila layari juga blog blog video dari The Warisan Minda Channel.

http://halalbrand.blogspot.com
( Pengeluar produk halal )
http://iksproduk.blogspot.com
( Koleksi Video Industries Kecil & Sederhana )